http://suesweet9077.blogspot.com

Rabu, 3 Disember 2014

Asam Garam Dalam Percintaan

(Ini gf abg..wlupun dia x scntik pempuan kat luar...
x pndai bergaya mcm pempuan lain..tapi dia cinta n syg kat abg dgn keikhlasan hati dia..dia x perna jemu melayan krena abg wlu memang mnykitkan dia stiap ari..abg kena kenal gf abg mcmna..apa yg dia nak cuma kasih syg abg dan kejujuran abg ngan dia...serta perhatian dr abg..
dia x nak perhatian lelaki lain ..dia x nak syg dari lelaki lain..
dia x perlu msg dr lelaki lain..dia x bak calling dr lelaki lain..krn dia nak smuany dari abg..dia memang byk kekurangan tp dia lebih dr kasih syg....sue syg abg)


ini msg aku dgn bf ku td pagi.....aku berharap dia sentiasa jujur dgnku..krn jarak antara kami begitu mencabar kesetiaan kami...die lelaki ego..yes die ego..sbb nak tau kenapa aku syg dia?? kenapa aku pilih dia?? sbb die lelaki first aku kenal dgn sifat yg smua die ada..

no 1>>>> die pemarah.. die marah bila aku buat salah..bila aku buat peragai yg x elok..marah aku bile aku menjadi lemah di mata kwn2ku...marah bila aku tak jaga bhasa aku.kemarahan die atas daar syg...sbb dia nak akujd perempuan yg berkeperibadian..

no 2>>> menasihati...nak tau kenapa?? aku kata dia menasihati...nmpk dia memang tak baik..sbb korang tak kenal dia...tp dia selalu ajar aku banyak bab agama....kalau calling dgn die...mesti ada terselit bab agama...utk aku lakukan..cntoh salah satu baca doa sebelom keluar rumah..selawat...bila keseorangan....agar fkiran aku tenang...yes..aku akan lakukan...

NO 3>>> lawak...die lawak byk buat aku tersenyum dgn dia...bab aku bercerita..dia akan selitkan cerita lawak dia...wlu die serius..tp dia akan kluarkan pktaan lawak bagi aku..yg aku rasa geli hati ak gelak.....

No 4>>>Penyayang dan betanggungjawab..Dalam dia marah tp sebenarny dia penyayang....kluar dgn dia..dia akan pastikan aku dlm keadaan selamat.....itu ada lah dia....dan siap dia temukan ngan mama die..

No5>>>ego....kadang2 dia memang ego tau...dia tak nak mengaku...dia cemburu kat aku..padahal aku tau dia cemburu..dia x nmpkkan kasih syg dia,tp dlm dia tak perasan dia sbnarny syg kat aku....

no6>> ni bab yg aku tambah syg kat dia..nak tau apa...dia selalu buat aku sakit ati....mcm2 cara tp aku tau..dia saja nak buat aku rasa skit ati.sbb aku tau dia juga syg kat aku......


semoga dia yg akan menjadi bakal imam di setiap solatku....

BeRDiamLah

M'sia b'bicara stiap masa. Bicara yg baik akn m'bawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akn merana di dunia & di akhirat. Di dunia akn dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akn menyebabkan kita tersiksa.
Bagi mereka yg beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara2 yg b'hikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia2.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara



p/s Menasihati orang yang bersalah , TIDAK SALAH
Yang salah adlah memikirkan kesalahan orang

Isnin, 1 Disember 2014

stress!!!!

topbella

ianya, tatkala saya duduk bersendirian di pejabat tanpa mahu mempedulikan kiri dan kanan saya, saya seperti hanyut dalam dunia sendiri. Saya hanyut dalam dunia yang bernama kenangan. Dan pastinya, meskipun kenangan itu mampu berulang, ianya tetap tidak akan pernah sama. Sepanjang hidup ini saya selalu beranggapan bahawa hanya saya sahaja yang memendam rasa stress ini dan orang lain semuanya bahagia saja.


Tetapi e-mail yang saya terima sebentar tadi telah mengubah fikiran saya. Ya, bukan hanya saya. Mereka juga begitu. Pernah dan sedang mengalami rasa yang sama. STRESS! Mungkin dalam kadar dan situasi yang tidak sama dan tidak serupa. Namun, stressnya tetap ada.

Sebetulnya, bila saya cuba untuk memujuk hati dan diri sendiri agar berusaha melihat sisi kehidupan dari sudut yang positif, mungkin benar, stress ini adalah petanda bahawa Dia rindukan kita. Mungkin juga dek kesibukan mengadaptasi diri dengan realiti kehidupan yang ternyata mencabar, kita semakin lupa dan jauh dari-Nya. Lalu, diberikan kepada kita rasa stress itu agar kita mahu kembali dan mengadu pada-Nya.

Stress itu satu rasa. Rasa itu dari siapa? Pastinya dari Pencipta. Justeru, bila mana kita merasakan wujudnya rasa stress itu di dalam jiwa, ke mana harus kita memandui hati dan jiwa? Pastinya kepada DIA~

Kerana jiwa yang selalu ingat pada-Nya itu, akan selalu merasa bahagia.

Kerana hati yang sering rindu pada-Nya itu, akan merasa aman sentiasa.

Kerana fikiran yang bertunjangkan iman pada-Nya itu, akan sering berasa redha.

Stress itu pada saya satu musibah bagi jiwa. Andai tak kena cara, salah tindakan yang diambil, mampu saja memakan tuannya. Seperti juga saya, dek kerana stress, saya mengambil keputusan untuk mengambil emergency leave pada hari ini, bimbang pemanduan menjadi kurang selamat. Mungkin bagi sesetengah orang, itu tindakan yang kurang kena, tapi saya percaya, saya perlukan masa untuk berjauhan sebentar dari dunia kerja sementara yang sebetulnya memeritkan jiwa.

AKHIRNYA.....

Dia memang sayangkan hamba-Nya. Maka diberikan hamba-hamba-Nya petunjuk agar tidak tersasar mencari pangkal jalan. Dan kita pula, jangan pernah lari daripada kalimat-Nya, kerana kita yang jauh dari-Nya, sukar ketemu jalan penyelesaian yang benar