http://suesweet9077.blogspot.com

Isnin, 19 November 2012

:(

Biarkan,relakan ia mengalir
Andai rembesan jernih itu
bisa menelusuri ruang damai
Redhakanlah kehadirannya..
Suatu saat suatu ketika
kita perlu juga menangis
Pada sebuah kesilapan dan suatu kekhilafan
Jua pada satu rasa penyesalan..
Menangislah semahunya
Siapa kamu untuk menafikan naluri kesedihan
Siapa kamu mahu menolak rasa kebersalahan
Menyungkurkan nilai keangkuhan seorang hamba
pada episod kesedihan...
Menggenggam semangat tabah
utuh bersatu dalam nekad doa nan satu
Ya Allah,izinkan tangisan hambamu ini
andai ini penawarnya
Gantikanlah kesedihan ini
dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang berpanjangan
SYUKUR..
DIA sering sedarkan saya...
Tanpa kesedihan kita seakan lupa
Tanpa kesusahan kita sering leka
dan yang paling menakutkan
Tanpa 'teguran dan sapaan' kita sering gempita



Izinkanlah ianya singgah
dalam musim panjang kedamaianmu...
Tiada ruginya,
kelak kamu akan menemui jalan syukur
kerana ada hikmah
ada azimat yang DIA tinggalkan untuk kamu
Tanpa sapaan titisan keramat ini
kamu boleh 'buta'...
'Buta' dan alpa....
bahawa setiap apa hitam putih yang menjengah karma maya hidupmu
ada Sang Sutradara yang telah lama dulu mengaturnya
Dalam kekalutan,
Lantas kamu terus mencari DIA
untuk menghilang kecamuk rasa
memadam api nestapa..
berkongsi sekelumit duka..
Tidakkah kamu melihatnya sebagai hikmah???
Itulah hikmah kasih dari Yang Maha Pengasih
Mengisi ruang kasih disebalik ujian dan cubaan
yang dijelmakan buat hambanya...



"Kehidupan adalah pentas mencari award disisiNYA.."



TulipUngu::::: Sakit dan pedihnya bila kena marah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THankz..for U..:)