http://suesweet9077.blogspot.com

Ahad, 11 November 2012

MamaKu...AmpunKan dosaku

 
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Kelu dan agak terkedu
entah kamus mana yang harus
saya capai
Sama ada Kamus Dewan edisi 3,
Kamus Oxford English-Melayu
Melayu-English
ataukah
Kamus Melayu-Arab
Untuk saya terjemahkan
segunung cinta
selaut kasih
hamparan rindu
pada hamba Allah yang satu ini..
Walau tidak saya zahirkan
dengan bunga-bunga puitis
susunan kata..
Saya tahu dan telah tahu
bahawa Allah maha mengetahui
kasih dan sayang saya padanya telah lama
wujud dan selamanya akan ada...
Selamat Hari Lahir Mama
semoga panjang umur,murah rezeki,dikurniakan kesihatan
yang baik dan apa sahaja yang baik2 untuk kamu..
 
Suara Hati"Selagi belum bergelar ibu,
anda tidak akan tahu betapa agungnya kasih seorang ibu"
yang pernah penulis baca
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THankz..for U..:)